Keusahawanan
Tanjung Piai Resort
Sebuah resort yang terletak di atas air. Merupakan resort terselatan di benua Asia. Segala urusan boleh dirujuk di lawan sesawang tanjungpiai-resort.blogspot.com.
Keropok Lekor Tanjung Piai
Keropok Lekor Tanjung Piai merupakan pengeluar produk bagi keropok lekor frozen dan Lekor Chips. Lekor Chips merupakan makanan ringan berasaskan keropok lekor. Kedai ini terletak di Serkat, Tanjung Piai dan berada di jalan utama dan anda akan melalui kedai ini terlebih dahulu jika hendak ke Taman Negara Tanjung Piai. Anda juga boleh menikmati keropok lekor di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai tenpat ini, anda boleh Like page Facebook mereka di https://www.facebook.com/lekorchips/. Untuk ke lokasi kedai ini, anda boleh ke link ini https://goo.gl/maps/DWghBUJRyCU2
Madu Kelulut Ar-Rahman Tanjung Piai
Madu Kelulut Ar-Rahman Tanjung Piai telah diusahakan oleh Encik Muhd Syahrul Akmal bersama sahabatnya iaitu Cik Zaheera Abdul Rahman. Encik Muhd Syahrul atau lebih mesra disapa dengan panggilan Gunz mula mengusahkan madu kelulut ini di Tanjung Piai bermula pada sekitar tahun 2020. Madu kelulut ini mula dibangunkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada sekitar tahun 2018 melalui insiatif Cik Zaheera yang merupakan anak kepada seorang pensyarah Kejuruteraan Awam UTM iaitu Prof. Madya Dr. Abdul Rahman bin Mohd. Sam. Hal ini membawa maksud bahawa madu kelulut yang dibangunkan di Tanjung Piai ini adalah yang kedua selepas yang pertama dikelolakan di UTM.
Menurut Encik Gunz, madu kelulut yang dibangunkan di bahagian tepi kawasan kediaman rumahnya terdapat hampir 20 buah. Kesemuanya akan disedut madunya menggunakan pam madu kelulut sebanyak dua kali dalam sebulan bergantung kepada penghasilan madu. Antara kelulut yang dijaga oleh Encik Gunz adalah seperti kelulut kepak putih dan hitama. Madu yang dihasilkan oleh kelulut berkenaan adalah berbeza dari segi warna dan rasa namun mempunyai khasiat yang serupa. Madu yang telah siap disedut akan dimasukkan ke dalam botol kaca dan dijual dengan harga RM 60 ringgit sebotol. Lokasi penghasilan madu kelulut ini terletaknya tidak jauh dengan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Piai iaitu lebih kurang 70 meter. Makluman lanjut mengenai madu kelulut Ar-Rahman ini boleh dilayari melalui instagram Arjja Arjuna Resources.