Rekreasi Dan Pelancongan
Terdapat pelbagai tempat menarik tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk dikunjungi di sekitar Pontian dan Tanjung Piai. Antaranya adalah:-
TEMPAT BERSEJARAH
1) MUZIUM NANAS
PEJABAT PERTANIAN PONTIAN
Batu 32, Jalan Johor Pontian, Johor.
No. Tel : 07-6868750
No. Faks : 07-6870607
Website : http://www.doa.gov.my
Bayaran Masuk : RM2.00
Kemudahan / Aktiviti disediakan : Pameran produk nanas dan peralatan penanaman serta pemprosesan nanas, lawatan ke ladang nanas
2) MUZIUM BUGIS
ENCIK ABDULLAH AHMAD
Taman Rekreasi Sungai Rambah, Rimba Terjun, Pontian, Johor.
No. Tel : 017-7633244
Kemudahan / Aktiviti di sediakan : Pameran koleksi barangan warisan kesenian dan kebudayaan kaum Bugis Pontian, artifak dan barangan seperti peralatan perang, peralatan harian kaum Bugis
TEMPAT REKREASI & TAMAN NEGARA
1) KUKUP GOLF RESORT
KUKUP GOLF RESORT
Pekan Penerok, Pontian, Johor.
No. Tel : 07-6960950
No. Faks : 07:6960963
Email :info@kukupgolfresort.com
Website : www.kukupgolfresort.com
Kemudahan / Aktiviti disediakan : Tempat Penginapan, Kolam Renang, Padang Golf, Restoran, Dewan Seminar
2) TANJUNG PIAI RESORT
TANJUNG PIAI RESORT
Jalan Terus Tanjung Piai, Serkat, Kukup, Johor.
No. Tel : 07-6960011
Website : http://tanjungpiai-resort.blogspot.com/
Kemudahah / Aktiviti disediakan : Tempat Penginapan, Restoran, Dewan Mesyuarat
3) TAMAN REKREASI SUNGAI RAMBAH
MAJLIS DAERAH PONTIAN
No Tel: 07-6871442
No Faks: 07-6873131
Kemudahan / Aktiviti disediakan : Tapak Senaman / Riadah, Taman Permainan Kanak-Kanak, Pemandangan Selat Melaka
4) TAMAN NEGARA PULAU KUKUP
PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR,
Lot 1319, Mukim Air Masin, Kukup, Pontian.
No. Tel : 07-6969355
No. Faks : 07-6969366
Website : www.johorparks.com.my
Bayaran masuk :
- RM5.00 (Warganegara Malaysia)
- RM10.00 (Bukan Warganegara Malaysia)
5) LAMAN DIRAJA PONTIAN
MAJLIS DAERAH PONTIAN
No Tel: 07-6871442
No Faks: 07-6873131
Kemudahan / Aktiviti disediakan : Tapak Senaman / Riadah, Taman Permainan Kanak-Kanak, Pemandangan Tepi Laut
6) TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI
PERBADANAN TAMAN NEGARA JOHOR
Alamat: Mukim Serkat, 82030 pontian
No. Tel : 07-6969 712 / 07-6969 796
No. Fax : 07-6969 786 / 07-6961 029
Website :
Harga Tiket:-
Tiket | Umur | Harga (RM) |
---|---|---|
Dewasa | 18 tahun – 59 tahun | 5.30 |
Pelajar | 7 tahun – 17 tahun | 3.20 |
Warga Emas | 60 tahun keatas | 3.20 |
Kanak-kanak | 6 tahun ke bawah | PERCUMA |
Tiket Memancing | 5.30 |
Waktu Beroperasi:-
Tiket | Umur |
---|---|
Isnin – Khamis | 9 pagi – 5 petang (last entry jam 4.30 petang) |
Jumaat – Ahad Cuti Sekolah / Cuti Umum |
8.30 pagi – 6 petang (last entry jam 5.30 petang) |
Jumaat | Ditutup sementara untuk Solat Jumaat 12.30 tengahari -2.30 petang (last entry jam 12 tengahari) |
7)Kopi Tenggek Tanjung Piai
Kopi Tenggek merupakan satu produk minuman yang telah diusahakan dan dipelopori oleh Lekor Chips HQ. Minuman yang diberi nama Kopi Tenggek Tanjung Piai ini menjadi inisiatif yang digerakkan oleh pemilik Lekorchips Cafe yang diketuai oleh pengasasnya Tuan Haji Ghazaly bin Ayub. Selain menawarkan makanan utamanya iaitu keropok lekor, pihak Lekorchips juga ada menawarkan menu istimewa yang lain seperti nasi arab dan pelbagai aneka kerepek yang lain.
Menurut pemiliknya, kopi tenggek ini boleh didapati percuma pada setiap hari bermula 8.30 pagi hingga 10 pagi oleh pelanggan yang hadir ke cafe. Kopi Tenggek ini juga telah dinovasikan kepada pek baru dan boleh dibeli oleh pelanggan yang datang dengan harga serendah RM 25. Di samping strategi untuk memasarkan produk industri kecil dan sederhana, kopi tenggek ini turut menjadi platform bagi menarik lebih ramai pengunjung untuk hadir ke Tanjung Piai.
8) Jeti Pengkalan Nelayan Laut Penghulu (Santan Belada)
Jeti Pengkalan Nelayan Laut Penghulu Serkat atau lebih dikenali sebagai Santan Belada merupakan salah satu pusat pelancongan yang terdapat di Tanjung Piai. Terkenal sebagai lubuk ikan segar mahupun hidupan laut yang lain, Jeti Pengkalan Nelayan Laut Penghulu Serkat turut dihuni lebih 100 orang para nelayan.
Apa yang lebih membanggakan, Jeti Pengkalan Nelayan Laut Penghulu Serkat terpilih dalam Program Kerjasama Strategik Antara Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia bagi sektor AgroPelancongan. Kerjasama ini melibatkan Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan. Jeti pengkalan nelayan ini terletak hampir 4km dari Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Piai.
9) Surau Al-Wadud Tanjung Piai (Kawasan 8)
Surau Al-Wadud Tanjung Piai telah dibina dengan konsep yang lebih kontemporari. Surau yang terletak berhampiran dengan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Piai ini telah siap dibina pada tahun 2020 setelah mengalami proses penambah baikkan. Surau ini telah dibenarkan beroperasi pada bulan April 2021 yang menjadi salah satu kemudahan penduduk komuniti untuk beribadat dan menjadi tarikan di Tanjung Piai.
10) Masjid Jamek Haji Noh Gadut Serkat
Masjid Jamek Haji Nooh Gadut ini terletak di pekan Serkat, Tanjung Piai. Masjid ini diabadikan sempena nama dan jasa bekas Mufti Besar Johor iaitu Dato’ (Dr.) Haji Nooh bin Gadut. Masjid ini boleh menampung bilangan jemaah yang hadir sehingga lebih 200 qariah. Masjid ini terletak di simpang empat pekan serkat di mana simpang empat tersebut boleh menghubungkan kawasan kampung Perpat, Tanjung Piai, Chokoh dan Serkat. Lokasi masjid ini amat strategik memandangkan lokasinya terletak di tengah-tengah laluan yang menghubungkan pelbagai penduduk kampung dari kawasan yang berdekatan. Selain bertujuan utamanya untuk komuniti beribadat, masjid ini juga menjadi pusat aktiviti kemasyarakatan dan pelancongan yang boleh dikunjungi ketika menghala ke Tanjung Piai. Masjid ini terletak lebih kurang 3 km dari Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Piai. Imam Masjid Jamek Haji Nooh Gadut pada ketika ini ialah Imam Sohod bin Ismail. Beliau juga merupakan amil yang dilantik oleh Pejabat Agama Daerah Pontian bagi tujuan pengutipan zakat ketika bulan Ramadan.
11) Masjid Perpat Timbul
Masjid Perpat Timbul merupakan masjid yang terletak di kawasan penghujung benua Asia. Masjid ini menjadi tempat utama bagi masyarakat yang tinggal di Perpat dan Tanjung Piai untuk beribadat khususnya untuk solat jumaat. Masjid ini telah diinfrastrukturkan semula pembinaannya dan boleh menampung bilangan jemaah yang hadir seramai 200 orang. Masjid ini terletak lebih kurang 2km dari Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Piai dan mempunyai kemudahan kawasan parking yang lebih luas. Masjid ini diketuai oleh Imam Rashid Ali bin Tunggal yang merupakan qariah yang tinggal di kawasan berkenaan. Lokasi masjid ini terletak di sebelah kiri sekiranya pengunjung ingin memasuki kawasan Perpat Timbul menghala ke pengkalan nelayan.
12) Kedai Kopi Tenggek Tanjung Piai
Kedai keropok lekor Tanjung Piai telah diinovasikan kepada Kopi Tenggek Tanjung Piai. Kedai Kopi Tenggek Tanjung Piai ini telah diubah suai dengan reka bentuknya pada pertengahan tahun 2021. Penaik tarafan kedai berpaksikan kopi tenggek ini menelan belanja mencecah ribuan ringgit memandangkan pemiliknya ingin memberi keselesaan dan ruang makan yang mencukupi kepada pelanggan. Kopi Tenggek Tanjung Piai ini juga dikelolakan khusus di bawah Lekor Chips HQ dan para pelanggan boleh menghubungi nombor atau Whatsapp (010-8383600) untuk maklumat lanjut. Alamatnya masih sama terletak di No. 161 Kampung Serkat 82300 Pontian Johor.