Pendidikan
Tadika KEMAS Sungai Kuali
Tadika KEMAS Sungai Kuali merupakan sebuah tadika yang terletak ditepi jalan utama yang menghubungkan pekan Serkat dan juga pekan Permas. Tadika ini menjadi pilihan bagi penduduk di sekitar kawasan kampung Sungai Kuali, Kampung Serkat, dan juga Sungai Durian untuk mereka menghantar anak mereka mendapatkan pendidikan awal. Jarak diantara Tadika KEMAS ini dan PEDi Tanjung Piai adalah sejauh 5.3 km dan mengambil 6 minit masa perjalanan.
Tadika KEMAS Sungai Durian
Tadika ini merupakan sebuah tadika yang terdapat di Kampung Sungai Durian. Tadika ini menjadi pilihan untuk ibu bapa dari Kampung Sungai Durian, Pekan Permas dan juga Sungai Kuali. Tadika ini terletak di tepi jalan utama yang menghubungkan Pekan Serkat dan Bandar Permas, ia juga terletak berhadapan dengan menara pemancar telekomunikasi. Jarak diantara Tadika ini dan PEDi Tanjung Piai adalah sejauh 7.6km dan mengambil masa 8 minit perjalanan.
Sekolah Kebangsaan Andek Mori
Sekolah Kebangsaan Andek Mori merupakan sekolah rendah kebangsaan yang terletak di mukim Serkat. Lokasi sekolah ini terletak sedikit jauh dari pekan Serkat. Ia menjadi pilihan ibu bapa di kawasan kampung sekitar yang berdekatan seperti Kg. Sg. Kuali, Kg. Tengah, Kg Chokoh, dan juga Kg Serkat. Perjalanan ke sekolah ini mangambil masa 8 min dari PEDi Tg. Piai. dengan jarak 5.3 km.
Sekolah Kebangsaan Serkat
Sekolah Kebangsaan Serkat merupakan sekolah rendah kebangsaan yang terletak di mukim Serkat. Lokasi sekolah ini terletak di pekan serkat dan berada di tepi jalan besar utama yang menghubungkan Bandar Pontian dan Kampung Tanjung Piai. Jarak ke sekolah ini kira-kira 3.6 km dari PEDi Tg Piai dan mengambil masa kira-kira 5 minit perjalanan.
TABIKA KEMAS Kampung Chokoh
TABIKA KEMAS Kampung Chokoh merupakan TABIKA KEMAS yang terletak di Kampung Chokoh dan berada di dalam kawasan balai raya. Ia terletak berdekatan dengan Masjid Jamek Kampung Chokoh. Jarak ke TABIKA ini dari PEDi Tanjung Piai adalah 5km dan memakan masa 8 min perjalanan. TABIKA ini menjadi pilihan bagi penduduk Kampung Chokoh untuk menghantar anak mereka mempelajari pendidikan awal kanak-kanak.
TABIKA Serkat Timur
Sekolah TABIKA Serkat Timur merupakan TABIKA yang berdekatan dengan PEDi Tg Piai, dengan jarak lebih kurang 500m. Nurul Aini Binti Abdul Wahid adalah guru yang sedang mengajar di TABIKA ini. Jumlah pelajar pada tahun 2021 adalah 31 orang. TABIKA ini mempunyai kelebihan berbanding TABIKA di sekitarnya kerana ia mempunyai kelas iqfa, iqra dan fardhu ain. TABIKA ini menjadi pilihan kepada penduduk kampung yang berdekatan iaitu Kampung Tanjung Piai, Kampung Perpat dan Kampung Serkat.
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup, Pontian
Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup Pontian merupakan sebuah sekolah menengah harian yang paling berdekatan dengan Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Piai. Jaraknya lebih kurang 10 km. Majoriti penduduk komuniti di Tanjung Piai khususnya golongan ibu bapa akan menghantar anak-anak mereka untuk meneruskan sesi persekolah di sekolah menengah ini.
Lokasi sekolah ini juga terletak berhadapan dengan Jabatan Kastam Daerah Pontian. Sekolah yang ditubuhkan bermula pada tahun 1965 ini telah memasuki usia ke-56 pada tahun 2021. Pengetua SMK Sri Kukup pada ketika ini ialah Encik Zulkurnain bin Abdul Rahman. Maklumat untuk dihubungi:
- Telefon: 07-6960219
- Fax: 07-6960686
- Facebook: Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup
- Link: Srikukup.pontian & Srikukup.pontian mainsite
Sekolah Agama Serkat
Sekolah Agama Serkat merupakan sekolah agama yang terletak di mukim serkat. Sekolah agama ini menjadi asas pendidikan bagi golongan kanak-kanak untuk mendalami ilmu agama bagi usia 6 tahun (Pra) sehingga 13 tahun (Darjah Khas). Sekolah Agama Serkat ini juga merupakan sekolah yang tertakluk di bawah Sekolah Agama Johor dan menjadi salah sebuah pusat pendidikan komuniti di Tanjung Piai. Sekolah Agama Serkat ini menjadi pilihan ibu bapa memandangkan lokasi sekolah ini yang strategik iaitu terletak di laluan pergi balik menghala ke pekan Serkat. Anak-anak yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Andek Mori dan Sekolah Kebangsaan Serkat semestinya akan dihantar oleh ibu bapa mereka untuk belajar ilmu agama di sekolah ini. Sekolah Agama Serkat ini mempunyai satu bangunan dan dua tingkat. Lokasinya dari Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Piai adalah sekitar 2km.
Sekolah Agama Seri Sinaran Chokoh
Sekolah Agama Seri Sinaran Chokoh ini merupakan sekolah agama baru yang siap dibina pada tahun 2018. Sekolah ini menjadi antara sekolah perintis kepada Sekolah Agama Serkat. Kewujudan sekolah ini bertujuan untuk menampung bilangan kanak-kanak di Sekolah Agama Serkat yang ada kalanya pada satu-satu masa mempunyai bilangan pelajar yang maksimum. Oleh yang demikian, sekolah agama ini membolehkan kanak-kanak sekolah rendah yang tinggal di Sungai Boh, Chokoh, Sungai Chengkeh dan Sungai Dinar untuk mendalami ilmu agama di sini. Lokasi sekolah ini terletak di persimpangan Tanjung Bin dan laluan yang menghubungkan penduduk kampung kawasan sekitar. Lokasinya dari Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Piai lebih kurang 3 km.
Sekolah Agama Permas
Sekolah Agama Permas ini terletak berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup. Sekolah agama ini menjadi destinasi pilihan bagi para ibu bapa yang tinggal di kawasan Permas, Permas Kelapa, Kukup dan Sungai Durian untuk menghantar anak-anak mereka mempelajari ilmu agama di sini. Sekolah ini juga terletak bersebelahan dengan dewan badminton yang menjadi pusat rekreasi golongan belia dan dewasa bersukan. Lokasi sekolah agama ini terletak agak jauh dari Pusat Ekonomi Digital Komuniti Tanjung Piai iaitu lebih 10 km.
TABIKA KEMAS Kampung Sungai Chengkih
TABIKA KEMAS ini merupakan TABIKA yang terletak di dalam Kampung Sungai Chengkih dan bersebelahan dengan Dewan Balai Raya. TABIKA ini menjadi pilihan untuk penduduk sekitar kawasan Kampung Sungai Chengkih, Sungai Boh dan Sungai Dinar untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti pengajian peringkat awal dan kanak-kanak. TABIKA ini terletak sejauh 9.1 km dan mengambil masa perjalanan kira-kira 14 minit dari PEDi Tanjung Piai.
Sekolah Kebangsaan Sungai Boh
Sekolah Kebangsaan Sungai Boh adalah sebuah sekolah rendah yang terletak di Kampung Sungai Boh dan bersebelahan dengan Masjid Jamik Sungai Boh. Sekolah ini menampung pelajar untuk menimba ilmu peringkat rendah bagi kawasan sekitarnya iaitu Kampung Sungai Boh, Kampung Simpang Kiri, Kampung Sungai Cengkih dan juga Sungai Dinar. Sekolah ini mempunyai satu bangunan utama 3 tingkat yang berwarna jingga.