Maklumat Komuniti
Ringkasan
Tanjung Piai merupakan salah satu kawasan perlancongan. Lokasinya terletak di dalam mukim Serkat, daerah Pontian dan tertakluk di bawah parlimen Tanjung Piai. Tanjung Piai juga merupakan tanah/kawasan yang paling hujung dibahagian selatan peta benua Asia.Terdapat Taman Negara Tanjung Piai yang ditubuhkan pada tahun 1997 untuk melindungi habitat unik kawasan paya bakau di sini dan telah mendapat pengiktirafan sebagai tapak Ramsar.Tanjung Piai mendapat namanya dari pokok Piai yang banyak tumbuh di sekitarnya. Mengikut tradisi kepercayaan masyarakat terdahulu, selain diinspirasikan daripada nama pokok piai, nama asal Tanjung Piai adalah Semencha.
Tanjung Piai dikelilingi oleh pokok bakau pelbagai spesis yang menjadikannya sebagai kawasan pemampan hakisan ombak. Di samping itu juga menjadi tempat tinggal dan perlindungan kepada haiwan laut untuk membiak. Struktur hutan paya bakau ini juga secara tidak langsung menjadi ‘penapis’ kepada laut kerana apabila air surut, segala sampah sarap dari laut akan tersangkut di dalam paya bakau dan tidak dapat keluar.
Populasi
Majoriti penduduk yang berada di kawasan Tanjung Piai adalah berbangsa Melayu. Pekerjaan utama masyarakat di sini adalah pekebun, petani, nelayan dan peniaga.
Parlimen
Datuk Sri Dr. Wee Jeck Seng
Parlimen : P165
Email : weejeckseng@hotmail.com
Jawatan : Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi(MPIC).
DUN
YB Datuk Haji Jefridin bin Atan
Kawasan Pilihanraya : N56: Kukup
Nama : YB Datuk Haji Jefridin bin Atan
Parti : Barisan Nasional (UMNO)
Kod DUN : N56
Kawasan DUN : Kukup
Negeri : Johor
Penghulu
Nama Ketua Masyarakat : En. Roslan bin BokariJawatan : Penghulu
Bidangkuasa/Kawasan : Mukim Serkat, Pontian, Johor
Penghulu Mukim Serkat, Tanjung Piai:
Zool Shuhaifi bin Hashim
Jawatan : Penghulu
No. Telefon : 011-12217002
Ketua Kampung Tanjung Piai:
Mohd Rusly bin Abas
Jawatan : Ketua Kampung merangkap Pengerusi Masjid Jamek Kampung Perpat Timbul
No.Telefon : 014-7753243