Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM
26 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPengurus NADI telah membantu seorang usahawan tempatan iaitu Puan Afizah binti Elias untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM milik beliau. Kelas ini dijalankan secara bersemuka di Kompleks Penghulu Mukim Serkat pada 25 Mei 2024 bersamaan hari sabtu pada jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Memandangkan Puan Afizah sudah mempunyai akaun dalam sistem Ezbiz, maka adalah mudah bagi beliau mendaftarkan lesen perniagaan SSM yang baru secara dalam talian. Hal ini demikian kerana, lesen perniagaan beliau telah tamat tempoh melebihi setahun dan waktu yang telah ditetapkan.
Oleh itu, beliau telah dibantu proses pendaftarannya secara dalam talian dengan perlu mengemukakan nama perniagaan, jenis perniagaan, alamat dan pemilikan perniagaan. Puan Afizah ingin menggunakan nama beliau sendiri dalam lesen SSM berkenaan memandangkan lebih selesa dengan nama sedemikian berbanding nama yang popular. Selesai pendaftaran, beliau telah diterangkan mengenai serba sedikit mengenai lesen SSM secara holistik mengikut kefahaman petugas NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: