Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM
18 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniCik Nurul Alisa Yasmin binti Mohd Hamdan telah menghubungi Pengurus NADI untuk membantu beliau dalam proses pendaftaran lesen perniagaan SSM. Oleh yang demikian, beliau telah diminta untuk menyiapkan beberapa butiran peribadi seperti kad pengenalan, surat beranak, maklumat emel, nama perniagaan dan jenis perniagaan. Kelas pendaftaran ini dijalankan secara bersemuka di Kompleks Penghulu Mukim Serkat memandangkan bangunan NADI sedang dalam proses menjalani baik pulih.
Cik Yasmin telah diterangkan mengenai proses janji temu terlebih dahulu menerusi panggilan video sebagai tujuan pengesahan sebelum ke langkah yang seterusnya. Beliau juga telah diterangkan secara menyeluruh mengenai asas pemilikan lesen SSM bermula dari proses pendaftaran sehingga ke peringkat akhir. Kelas ini dijalankan pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 4.00 petang. Nama perniagaan yang ingin didaftarkan oleh beliau ialah Yasmine Hamdan Enterprise.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: