Meeting Internal Sprintz Designs
27 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mac 2024 bersamaan hari selasa, satu sesi taklimat mengenai mesyuarat dalaman dengan pihak pengurusan telah dijalankan pada jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Taklimat ini dipengerusikan oleh Cik Norliyana binti Nordin selaku Pengurus Operasi SD. Taklimat ini adalah berpaksikan kepada beberapa perkara asas dan umum melibatkan pihak pengurusan dan kakitangan NADI yang terlibat.
Banyak sesi soal dan jawab telah dibincangkan dalam mesyuarat dalaman berkenaan termasuk dengan pengunduran secara rasmi Cik Norliyana nanti. Pihak NADI Tanjung Piai ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan semoga sukses di tempat yang baru nanti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: