Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM
5 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPengurus PEDi telah membantu seorang usahawan tempatan iaitu Puan Yati binti Said untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM milik beliau. Beliau telah hadir ke PEDi pada 4 Februari 2024 bersamaan hari ahad untuk dibantu bagi proses pendaftaran. Puan Yati merupakan seorang usahawan yang menjual kuih-muih dan aneka jenis sarapan pagi di Pekan Serkat. Beliau ingin mendaftarkan perniagaan milik beliau bagi tujuan memohon bantuan, geran atau pinjaman pembiayaan sekiranya ada.
Justeru, langkah yang pertama adalah dengan perlu membuat janji temu bersama pegawai SSM menerusi panggilan video Whatsapp. Seterusnya, Puan Yati perlu mengemukakan butiran maklumat perniagaan yang lain seperti nama perniagaan, jenis perniagaan dan alamat perniagaan. Beliau ingin mendaftarkan perniagaan beliau dengan Yati Said Enterprise.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: