Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM
22 April 2024 | Aktiviti TerkiniPengurus NADI telah membantu Puan Siti Samsidah binti Mohd Ali untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM milik beliau. Beliau telah menghubungi Pengurus NADI untuk dibantu bagi melancarkan proses pendaftaran lesen perniagaan secara dalam talian menggunakan portal Ezbiz. Oleh yang demikian, beliau telah diminta untuk membuat proses janji temu terlebih dahulu dengan perlu mengemukakan maklumat butiran peribadi seperti kad pengenalan, surat beranak, nama emel sehingga ke nama perniagaan.
Puan Samsidah merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan menjual kek secara kecil-kecilan dan beliau memaklumkan ingin memperolehi lesen perniagaan SSM agar perniagaan beliau lebih dipercayai dan diyakini oleh pelanggan. Selain mendapat sedikit penerangan daripada pengurus NADI mengenai lesen SSM, beliau turut diterangkan tentang beberapa geran atau bentuk bantuan yang mungkin boleh dimohon selari dengan jenis perniagaan sedang dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: