Permainan Kuiz Akademik Digital
21 April 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20 April 2024 bersamaan hari sabtu telah berlangsung satu aktiviti yang amat menarik iaitu Permainan Kuiz Akademik Digital di NADI Tanjung Piai. Permainan kuiz ini berlangsung selama dua jam bermula 2.30 petang dan berakhir pada 4.30 petang. Seramai 10 orang kanak-kanak sekolah rendah berusia antara 7 sehingga 12 tahun telah menyertai aktiviti yang diadakan. Kuiz yang berpaksikan kepada digital ini merangkumi subjek pembelajaran seperti bahasa Melayu dan Matematik.
Kuiz ini direka khas menggunakan platform Mentimeter, Jamboard dan Book Widgets yang sememangnya mampu menarik minat dan kefahaman para peserta yang menyertai. Selain dapat mengetengahkan platform digital kepada pelajar, mereka turut dihidangkan dengan jamuan minum petang yang disediakan oleh petugas NADI. Pada akhir sesi permainan, para peserta diberikan sijil penyertaan, cenderamata Klik Dengan Bijak (KDB) dan sesi bergambar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: