Pendaftaran & Kemaskini Permohonan SPA9
7 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPengurus NADI telah membantu seorang pengguna setempat iaitu Encik Mohammad Farizz bin A.Kadir bagi pendaftaran dan pengemaskinian permohonan SPA9 secara dalam talian. Pendaftaran SPA ini berlangsung selama lebih kurang satu jam secara bersemuka dan Encik Farizz perlu mengemukakan beberapa butiran maklumat yang penting bagi tujuan permohonan. Beliau yang berkelulusan sehingga SPM ingin memohon jawatan Gred 19 dan 11 meliputi beberapa jawatan yang diminatinya.
Selain tunjuk ajar dan panduan yang diberikan ketika permohonan sedang berlangsung, Encik Farizz turut diterangkan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di NADI Secara tidak langsung membolehkan beliau didaftarkan sebagai ahli NADI yang baru. Akhiran, slip pendaftaran telah dicetak dan diberikan kepada beliau sebagai bukti pendaftaran dan pengemaskinian telah dilakukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: