Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM
26 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniPengurus NADI telah membantu seorang usahawan tempatan iaitu Puan AmiraKasira binti Mohd Zamri untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM milik beliau. Beliau telah dibantu dari konsep janji temu terlebih dahulu sambil penerangan secara khusus mengenai kaedah pendaftaran. Beliau telah hadir pada jam 10.30 pagi dan selesai sepenuhnya pada jam 12.00 tengah hari.
Setelah selesai menjalani proses janji temu, beliau perlu mengemukakan nama perniagaan, jenis perniagaan, butiran perniagaan sehingga ke konsep pembayaran. Pengurus NADI juga sempat menerangkan kepada beliau kelebihan dan manfaat yang bakal diperolehi sekiranya mendaftarkan lesen perniagaan dengan pihak SSM.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: