Kelas Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM
26 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 25 Februari 2024 bersamaan hari ahad, Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan tempatan untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM milik beliau. Beliau ialah Puan Noraisyah binti Abdullah yang merupakan seorang usahawan makanan yang tinggal di Tanjung Piai. Beliau telah menghubungi Pengurus PEDi bagi membantu beliau untuk mendaftarkan lesen perniagaan SSM secara dalam talian.
Seperti sedia maklum, Puan Noraisyah dikehendaki untuk membuat janji temu terlebih dahulu bagi pengesahan identiti sebelum mengemukakan nama perniagaan, jenis perniagaan dan kaedah pembayaran. Kelas yang berkonsep keusahawanan ini dijalankan pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 3.30 petang. Nama perniagaan Puan Noraisyah yang diletakkan di lesen SSM beliau ialah Echa Family Legacy.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: