Pendaftaran PADU bersama DOSM Johor dan Pentadbiran Mukim Serkat
26 Februari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 25 Februari 2024 bersamaan hari ahad, pasukan DOSM Johor yang terdiri daripada 4 orang pegawai Jabatan Perangkaan telah hadir ke PEDi Tanjung Piai bagi melancarkan proses pendaftaran PADU (Sistem Pengkalan Data Utama). Pendaftaran ini berlangsung dari jam 10.00 pagi sehingga jam 4.00 petang. Seramai 110 orang pengguna yang tinggal di mukim Serkat telah hadir ke PEDi bagi mendaftarkan diri dan ahli keluarga mereka.
Kemeriahan pendaftaran PADU ini turut dibantu oleh Penghulu Mukim dan Ketua Kampung bagi merancakkan lagi kehadiran pengguna untuk hadir sambil dibantu oleh petugas PEDi. Pendaftaran secara bersemuka dengan Jabatan Perangkaan ini bukan sahaja membolehkan para pengguna dan komuniti untuk bertanya secara terus mengenai apakah sistem PADU malahan dapat memahami sistem berkenaan secara telus.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: