Tawaran Geran dan Program Keusahawanan oleh Jabatan Pertanian
7 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPengurus PEDi telah mengikuti siaran ulangan kembali berkaitan Tawaran Geran dan Program Keusahawanan oleh Jabatan Pertanian melalui Facebook Live Perbadanan Usahawan Johor (PUJB). Sesi perkongsian yang telah berlangsung pada 30 Mei 2023 kembali didengari pada 6 Jun 2023 iaitu selama hampir durasi 2 jam siaran. Perkongsian ini telah diberikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Ramly selaku Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Jabatan Pertanian Johor.
Pelbagai input yang diterangkan oleh Encik Hafiz khususnya bagi golongan usahawan tani yang menceburi bidang pertanian. Menurut Encik Hafiz sebanyak RM 18.2 juta peruntukan secara keseluruhan yang telah diperuntukkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Johor dari pihak Persekutuan sebanyak RM 8.2 juta dan Negeri sebanyak RM 10 juta. Beberapa program yang telah dijanakan oleh Jabatan Pertanian adalah digalakkan untuk para usahawan tani memohonnya antaranya seperti Program Pembangunan Industri Pengeluaran Tanaman Makanan Utama dan Program Peningkatan Hasil Padi di Luar Jelapang.
Selain itu, Program Pembangunan Industri Asas Tani, Program Pembangunan Komoditi Berpotensi (Herba & Rempah Ratus, Cendawan, Madu dan Kopi) antara yang ditekankan oleh Encik Hafiz untuk dipohon. Di samping itu terdapat juga Program Pembangunan Setempat dan Program Kemodenan Pertanian LESTARI turut dihebahkan. Sesi yang berlangsung pada jam 3.00 petang ini berakhir pada jam 5.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: