Taklimat Skim Pembiayaan TEKUN Nasional
16 April 2023 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2023 bersamaan hari sabtu, Pengurus PEDi telah mendengar siaran ulang mengenai satu taklimat Skim Pembiayaan TEKUN Nasional yang dianjurkan oleh pihak Perbadanan Usahawan Johor (PUJB). Taklimat ini telah diadakan pada 5 April 2023 dan telah disampaikan oleh Encik Zuraidi bin Khalid selaku Eksekutif Pembangunan Usahawan Tekun Nasional Negeri Johor. Taklimat ini telah berlangsung selama satu jam bermula jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang melalui aplikasi Zoom.
Banyak input penerangan yang telah diterangkan oleh Encik Zuraidi berkenaan dengan jenis-jenis pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak TEKUN antaranya seperti TEKUN NIAGA, SPUMI, KUMPULAN FOKUS, TEMAN TEKUN, KONTRAK-I dan PROGRAM KHAS. Hampir kesemua pembiayaan yang ditawarkan oleh pihak TEKUN menawarkan pembayaran balik dengan kadar keuntungan 3% sehingga 4% sahaja. Selain banyak berkongsi mengenai maklumat faedah dan syarat pembiayaan, Encik Zuraidi turut memaparkan kaedah pembayaran balik melalui pelbagai saluran khususnya di aplikasi TEKUNPAY dan platform atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: