Webinar Akses Pembiayaan TEKUN Nasional Siri 1/2023
19 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniSatu webinar mengenai akses Pembiayaan TEKUN Nasional untuk Siri 1 bagi tahun 2023 telah diadakan pada 18 Julai 2023 bersamaan hari selasa. Sesi yang dikongsikan melalui platform Zoom ini telah bermula pada jam 10.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Seramai 300 orang telah menyertai kursus secara dalam talian ini yang telah dihadiri oleh kakitangan PEDi dan usahawan yang berdaftar di PEDi.
Perkongsian yang disampaikan oleh pegawai dari TEKUN ini memperincikan tentang sejarah TEKUN ditubuhkan dan skim pembiayaan yang ditawarkan di bawah agensi berkenaan. Sesi perkongsian yang diberikan sememangnya memberikan input yang baik bukan sahaja kepada usahawan yang ingin membuat pinjaman akan tetapi memberikan penerangan secara jelas kepada sesiapa yang ingin mengetahui akan TEKUN.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: