Kelas Pembukaan Akaun Shopee dan TikTok
12 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2023 bersamaan hari jumaat, satu sesi kelas keusahawanan berasaskan Shopee dan TikTok telah diadakan bersama Puan Siti Husmariani binti Husin. Beliau telah mengikuti sesi pembelajaran yang diadakan pada jam 3.00 petang dan berakhir sepenuhnya pada jam 5.30 petang. Beliau telah diajar cara untuk mencipta akaun kedai Shopee, menukar password yang baru, memasukkan maklumat perniagaan dan memasukkan gambar produk yang ingin dijual. Tambahan, beliau diajar cara memasukkan maklumat harga, alamat pengeposan produk, kaedah melihat tempahan sekiranya ada dan cara berkongsi maklumat kedai di aplikasi Whatsapp dan TikTok.
Mengenai kelas TikTok pula yang menjadi medan pilihan ramai pada masa kini, Puan Husmariani diajar tentang cara memasukkan beg kuning ke dalam video editing, cara mengedit video dan mempromosikan video perniagaan. Di samping itu, beliau turut diajar cara untuk melihat komisyen dari TikTok dan penerangan secara umum berkenaan affiliate di aplikasi berkenaan. Beliau mengakui akan keterujaan mempelajari ilmu keusahawanan ini di PEDi dan akan sering hadir ke PEDi memandangkan lokasi yang dekat dengan kediamannya dan pembelajaran secara percuma.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: