Kelas SPayLater Shopee
3 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 2 Julai 2023 bersamaan hari ahad, Pengurus PEDi telah membantu seorang penduduk setempat iaitu Encik Muhammad Furkhan bin A Ghafar bagi membimbing beliau memahami secara jelas mengenai konsep pembayaran SPayLater yang terdapat di dalam shopee. Hal ini demikian kerana, beliau mengakui akan kebimbingan menggunakan perkhidmatan sekiranya tiada penerangan yang jelas boleh difahami.
Oleh yang demikian, beliau telah diterangkan mengenai konsep SPayLater yang telah disediakan oleh pihak Shopee di mana jumlah yang diberikan adalah berbeza mengikut pengguna. Perkara ini bergantung dengan sejauh mana kebolehan seseorang untuk membayar balik pinjaman yang diberikan mengikut tempoh masa yang diberikan. Kaedah pembayaran adalah bergantung selama 6 bulan sehingga ke sebulan namun mempunyai kadar keuntungan yang masih relevan. Bimbingan yang diberikan membolehkan Encik Furkhan memahami sedikit sebanyak penggunaannya sebelum digunakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: