Permohonan Kemasukan Ke Darjah 1 Sesi 2024-2025
1 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPihak pengurusan PEDi Tanjung Piai telah menjalankan inisiatif program sepanjang bulan Mei sehingga Jun iaitu berkaitan dengan Permohonan Kemasukan ke Darjah 1 Sesi 2024-2025. Program ini telah dimanfaatkan oleh lebih 50 orang komuniti yang terdiri daripada pihak ibu bapa yang bernaung di bawah mukim Serkat. Sistem permohonan ke darjah 1 bagi sesi 2024-2025 ini telah dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bermula 1 Mei 2023 dan berakhir pada 30 Jun 2023.
Permohonan yang dilakukan oleh pihak pengurusan PEDi ini sememangnya amat memudahkan para ibu khususnya yang mempunyai masalah capaian internet dan kekangan untuk memohonnya secara persendirian. Selain dapat berkenalan dengan beramah mesra dengan pihak ibu bapa, kemudahan permohonan yang ditawarkan oleh PEDi sedikit sebanyak memperkenalkan kemudahan yang terdapat di dalam PEDi. Setiap permohonan yang ingin dilakukan perlulah mengemukakan dokumen sokongan dan butiran peribadi yang lain seperti kad pengenalan, surat beranak anak, surat nikah, bil api dan air dan buku imunisasi kanak-kanak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: