Kelas Pendaftaran Lesen SSM Melalui SPPP
9 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniPengurus PEDi telah membantu dua orang usahawan iaitu Puan Sarifah Norriha Sulaiman dan Encik Khairil Hafiz bin Rahamat untuk mendaftarkan lesen perniagaan mereka di portal Ezbiz SSM. Mereka berdua telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada 8 Ogos 2023 bersamaan hari selasa pada jam 12.00 sehingga 1.00 petang. Kedua-dua mereka ingin didaftarkan dalam Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang membolehkan mereka memperolehi lesen perniagaan secara percuma.
Memandangkan kedua-duanya telah hadir ke pejabat SSM Johor bagi proses ‘tumbprint’ maka proses pendaftaran secara atas talian berjalan dengan lancar di dalam sistem Ezbiz. Mereka perlu mengemukakan nama perniagaan, jenis perniagaan dan alamat perniagaan yang ingin didaftarkan dan perlu mengemukakan bukti penerima STR atau MySalam bagi pengecualian bayaran. Puan Norriha ingin menamakan perniagaan SSM beliau dengan Norriha Foods Enterprise dan Encik Khairil dengan nama Lebai CMC Enterprise.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: