Permohonan MySalam Hospitalisasi
5 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPengurus PEDi telah membantu seorang penduduk tempatan yang menghidap pesakit kronik iaitu Encik Matsafi bin Abdul Rahim untuk memohon bantuan MySalam. Encik Matsafi atau lebih mesra disapa dengan panggilan Pak Afis merupakan seorang nelayan dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah selama lebih kurang 10 hari.
Memandangkan pihak PEDi ada menawarkan perkhidmatan permohonan MySalam, maka bantuan telah diberikan kepada Pak Afis dengan beliau perlu mengemukakan surat pelepasan hospital, kad pengenalan dan beberapa butiran peribadi yang lain. Memandangkan Pak Afis terdiri dalam golongan B40 maka beliau layak untuk skim kesihatan berkenaan berjumlah RM 500.00. Pihak kakitangan PEDi Tanjung Piai mendoakan agar kesembuhan diberikan kepada Pak Afis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: