E- Learning Pembelajaran Jawi
18 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada 17 Jun 2023 bersamaan hari sabtu, satu kelas pembelajaran berasaskan Jawi telah diadakan bersama seorang pelajar iaitu adik Muhamad Shahrul Aziem bin Mohd Shamsul di dalam bilik latihan PEDi Tanjung Piai. Kelas yang memfokuskan kepada pembelajaran jawi ini diadakan pada jam 10 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Hal ini memandangkan ibu Aziem mengakui akan kesukaran anak beliau untuk menguasai dan memahamkan pelajaran Jawi secara tuntas ketika di sekolah.
Oleh yang demikian, Penolong Pengurus PEDi telah membantu adik Aziem dengan mengajar beliau tentang huruf jawi dan membuat sesuatu ejaan yang bersambung. Pengajaran yang diberikan akan membuatkan adik Aziem lebih menguasai huruf-huruf dalam Jawi pada permulaannya namun perlu dikuasai dengan aspek kefahaman secara berterusan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: