E-Learning Bahasa Inggeris Tahun 3
18 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniPada sesi petang, adik Muhammad Aziem akan mengikuti subjek Bahasa Inggeris sebagai kefahaman asas terlebih dahulu iaitu bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Pembelajaran yang difokuskan secara digital ini adalah berkonsepkan Dance Mat Typing iaitu salah satu aplikasi menaip huruf secara asas berteraskan Bahasa Inggeris. Memandangkan ini kali pertama, adik Aziem mempelajari Bahasa Inggeris menggunakan Dance Mat Typing ini maka beliau telah diterangkan secara terlebih dahulu mengenai kelas menaip tersebut.
Pengurus PEDi menerangkan kepada beliau tentang langkah demi langkah iaitu kefahaman beliau untuk mengenali huruf pada papan kekunci serta kaedah tangan ketika menaip. Pembelajaran berteraskan digital ini sememangnya memberikan keseronokan kepada adik Aziem dalam usaha beliau memahamkan sesuatu perkataan dalam bahasa Inggeris dengan lebih mudah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: