Permohonan Tuntutan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) PERKESO
17 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniEncik Mohammad Farizz bin A. Kadir telah menghubungi Pengurus PEDi untuk membantu beliau berkenaan dengan tuntutan elaun mencari pekerjaan melalui portal PERKESO. Hal ini demikian kerana, beliau telah diberhentikan kerja di kilang Seagate Sdn Bhd atas beberapa factor. Oleh itu, beliau memerlukan perbelanjaan bagi membolehkan beliau memohon pekerjaan untuk mencari pendapatan dan menampung tanggungan.
Pengurus PEDi telah membantu beliau dengan mengakses portal MyFuture Job terlebih dahulu dalam usaha untuk mencari pekerjaan di ruangan berkenaan. Kemudiannya, beliau perlu ke ruangan Portal Faedah Sistem Insurans Pekerjaan bagi memberikan sebarang bukti dokumen sokongan yang diperlukan bagi melengkapkan permohonan. Memandangkan ini kali pertama Encik Mohammad Farizz berurusan di PEDi, maka beliau sempat diterangkan akan fungsi kewujudan PEDi dan perkhidmatan yang disediakan. Secara tidak langsung, membolehkan beliau didaftarkan sebagai ahli baru PEDi Tanjung Piai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: