Permohonan Faedah EIS PERKESO
21 Jun 2023 | Aktiviti TerkiniEncik Kamaruddin bin Bahtiar telah hadir ke PEDi Tanjung Piai untuk dibantu dari segi permohonan EIS iaitu salah satu portal faedah sistem insuran pekerjaan melalui PERKESO. Hal ini demikian kerana Encik Kamaruddin telah tamat kontrak dengan syarikat semasa dan beliau memerlukan masa untuk mencari pekerjaan baharu sambil mengharapkan bantuan yang boleh dimohon dan salah satunya melalui agensi kerajaan PERKESO.
Oleh yang demikian, beliau telah dibantu dengan perlu mengemukakan surat tawaran penamatan kontrak, surat tawaran pekerjaan, slip gaji, penyata akaun dan beberapa butiran peribadi yang lain ketika permohonan dilakukan. Permohonan secara atas talian ini amatlah memudahkan Encik Kamaruddin memandangkan beliau mempunyai beberapa kekangan dan pemilihan ke PEDi adalah langkah yang terbaik. Permohonan beliau berjalan selama lebih kurang satu jam bermula jam 3.00 petang sehingga 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: