Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) SSM Melalui PUJB
13 Januari 2023 | Aktiviti TerkiniPada hari khamis bersamaan 12 Januari 2023 telah berlangsungnya taklimat mengenai Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) dari pihak SSM melalui saluran rasmi facebook Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB). Taklimat ini diadakan pada jam 3.00 petang oleh Encik Khairulsham bin Jantan selalu eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia Negeri Johor. Taklimat ini dimulakan dengan penerangan sejarah penubuhan SSM, fungsi utamanya sehingga kepentingan pendaftaran perniagaan.
Setelah penerangan dilakukan, Encik Khairulsham menitik beratkan akan tawaran inisiatif yang sedang giat diketengahkan oleh pihak SSM iaitu Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP). SPPP ini merupakan satu bantuan khas kepada golongan usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa yang layak. Seusai penerangan, sesi soal jawab dimulakan bagi menjawab segala persoalan yang bermain di minda rakyat khususnya para usahawan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: