Permohonan MySalam Tuntutan Hospitalisasi
12 Februari 2023 | Aktiviti TerkiniPengurus PEDi telah membantu dua orang komuniti iaitu Puan Asmah binti Husin dengan Encik Zulkifli bin Abdullah mengenai tuntutan hospitalisasi milik mereka. Kedua-dua mereka telah dimasukkan ke hospital pada tahun 2022 dan ingin mengemukakan permohonan MySalam secara atas talian. Hal ini demikian kerana, tuntutan hospitalisasi bagi sesiapa yang masuk ke wad adalah sebanyak RM 50 sehari. Kelayakan adalah berdasarkan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada tahun tersebut.
Pengurus PEDi telah meminta kedua-dua mereka untuk mengemukakan kad pengenalan dan bukti dirawat di hospital sebagai langkah awal permohonan. Kemudian kedua-duanya perlu memberikan butiran akaun peribadi sebagai pelengkap permohonan. Puan Asmah telah dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom Kluang manakala Encik Zulkifli menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: