Kelas Asas Pembelajaran Microsoft Word Siri Ketujuh
16 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniKelas pembelajaran mengenai asas Microsoft Word telah memasuki siri yang ketujuh pengajarannya. Kelas ini telah dihadiri oleh Tuan Haji Maarof Haron pada 15 Februari 2022 bersamaan hari selasa. Sesi pembelajaran pada kali ini berlangsung selama satu jam iaitu bermula 10.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Tuan Haji Maarof dilihat sudah agak mahir menggunakan perisian asas dalam Microsoft Word. Justeru pembelajaran pada kali ini ditekankan ke arah proses menaip dan cara membuat muka hadapan sesuatu buku atau skrip drama.
Tuan Haji Maarof juga seorang penggemar kepada rancangan radio klasik dan sering kali hebahan mengenai skrip dramanya didendangkan di corong-corong radio pada waktu-waktu tertentu. Oleh yang demikian, pengurus PEDi telah mengajar beliau cara untuk membuat sesuatu tulisan yang agak menarik menggunakan Micorosft Word. Tuan Haji Maarof diajar cara untuk membuat kotak terlebih dahulu sebelum memuat naik gambar di ruangan insert mengikut gambar yang telah dimuat turun. Hal ini sedikit sebanyak mengajar Tuan Haji Maarof kaedah untuk membuat sesuatu muka hadapan skripnya mengikut kesesuaian dan kehendaknya. Pada akhir kelas, beliau sempat ditunjukkan satu aplikasi sememangnya menarik iaitu Canva yang memberikan ketertarikan lain kepada beliau.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: