Program Bersama Tabung Haji Pontian
12 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniPEDi Tanjung Piai telah menjalinkan program kerjasama dengan pihak Tabung Haji Pontian untuk membuka kaunter perkhidmatan bergerak Tabung Haji. Program ini berlangusng pada 11 Disember 2022 iaitu pada hari ahad dan berlangsung pada jam 9.30 pagi sehingga 1.00 petang. Kaunter perkhidmatan ini menawarkan khidmat pembukaan akaun, pendaftaran haji, kemaskini maklumat, penamaan dan penerangan THiJARI secara atas talian. Antara dokumen yang diperlukan bagi pembukaan akaun melibatkan individu dan anak-anak adalah seperti Mykad, Mykid dan sijil kelahiran original.
Beberapa individu telah hadir ke PEDi Tanjung Piai bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Program yang dijalankan ini bukan sahaja pihak Tabung Haji dapat memperkenalkan perkhidmatan mereka bahkan pihak PEDi turut sama dapat menghebahkan segala kemudahan dan peranan yang disediakan. Selain dapat memudahkan urusan komuniti, program kerjasama ini amat bagus untuk mengeratkan hubungan antara kakitangan PEDi dengan beberapa agensi luar yang berkepentingan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: