Webinar Skim Pembiayaan Mikro/i BSN Semarak PEDi
11 Jun 2022 | Aktiviti TerkiniSatu webinar berkaitan Skim Pembiayaan Mikro/I BSN berkaitan Semarak PEDi telah diadakan dengan jayanya pada 10 Jun 2022 bersamaan hari jumaat. Webinar ini melibatkan semua PEDi yang berada di negeri Johor, Melaka dan Negeri Sembilan yang disampaikan oleh pegawai BSN yang bertugas. Skim Pembiayaan Mikro/i BSN ini merupakan satu skim pinjaman yang disediakan oleh pihak BSN kepada mana-mana usahawan atau peniaga yang memerlukan bantuan kewangan. Jumlah peruntukan yang disediakan adalah RM 20 000 dengan kadar keuntungan hanya 4.0% setahun. Peserta atau usahawan yang ingin memohon perlulah berdaftar dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang sedang menceburi bidang perniagaan. Makluman bayaran balik adalah pengecualian selama 6 bulan pertama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: