Pembaharuan Lesen Perniagaan SSM Melalui Akaun Ezbiz Siri Kedua
2 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniEncik Shamsudin bin Adnan atau lebih mesra disapa sebagai Pak Awang telah hadir ke PEDi Tanjung Piai bagi memperbaharui lesen perniagaan SSM miliknya. Beliau mula mengetahui akan kebolehupayaan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PEDi melalui hebahan Whatsapp Group kampung. Oleh yang demikian, beliau telah hadir pada 1 Julai 2022 bersamaan hari jumaat untuk dibantu mengenai pembaharuan tersebut. Memandangkan Pak Awang belum lagi mempunyai akaun Ezbiz maka pengurus PEDi akan menggunakan akaun Ezbiz pengguna lain untuk melakukan transaksi pembaharuan.
Tiada banyak dokumen yang diperlukan untuk memperbaharui lesen perniagaan SSM ini melainkan hanya membawa lesen perniagaan yang telah tamat tempoh dan mempunyai wang secara perbankan atas talian. Pak Awang ingin memperbaharui lesen perniagaan beliau selama lima tahun melalui Trade Name beliau iaitu Hasil Serkat Enterprise. Jumlah yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 350.00 beserta maklumat perniagaan. Dalam tempoh yang singkat sahaja, Pak Awang berjaya mendapatkan lesen perniagaan SSM beliau yang baru secara atas talian selama lima tahun tanpa perlu ke pejabat SSM sebaliknya hanya perlu ke PEDi sahaja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: