Pendaftaran Lesen Perniagaan SSM Melalui Akaun Ezbiz
18 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPendaftaran lesen perniagaan SSM melalui akaun Ezbiz telah diadakan bersama Encik Muhammad Hanif bin Matsafi. Beliau tidak menggunakan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihtain (SPPP) akan tetapi mendaftarkan SSM beliau secara berbayar. Pendaftaran ini dilakukan pada 17 Julai 2022 iaitu pada hari ahad pada jam 4.00 petang sehingga 5.00 petang. Encik Muhammad Hanif yang merupakan anak jati di Kampung Tanjung Piai bekerja sebagai seorang operator pengeluaran di Kilang Shimano Pekan Nanas Pontian. Beliau ingin memperolehi lesen SSM kerana di samping bekerja di kilang, beliau turut menjalankan aktiviti keusahawanan secara kecil-kecilan dengan menjual udang hidup kepada para pemancing.
Memandangkan lokasi PEDi Tanjung Piai dikelilingi dengan lautan yang sememangnya menjadi kegemaran para pemancing, maka Encik Muhammad Hanif ingin menjalankan perniagaan sedemikian untuk meraih pendapatan tambahan. Memandangkan beliau sudah memiliki akaun Ezbiz maka adalah mudah untuk meneruskan pendaftaran bermula dengan peletakan nama kedai, alamat perniagaan, maklumat perniagaan sehingga ke peringkat proses pembayaran. Nama syarikat beliau telah didaftarkan dengan nama Hanif Safinis Enterprise selama satu tahun dengan yuran pembayaran sebanyak RM 70.00.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: