Program ROS_Care Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia Negeri Johor di PEDi Tanjung Piai
23 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2022 bersamaan hari selasa telah berlangsungnya satu program ROS_Care Anjuran Jabatan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia Negeri Johor di PEDi Tanjung Piai. Program ini merupakan antara salah satu program rasmi di bawah kelolaan Jabatan Pertubuhan dalam usaha untuk menerangkan tentang sistem asas mengenai eRoses. Sistem ini merupakan sistem yang mewajibkan kesemua persatuan, kelab atau mana-mana pertubuhan NGO untuk berdaftar di bawah sistem berkenaan.
Seramai 4 orang pegawai telah hadir ke PEDi Tanjung Piai bagi meneruskan sesi taklimat mengenai eRoses bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Beberapa persatuan telah hadir bagi mendengar taklimat berkenaan melalui tunjuk ajar yang diketuai oleh Encik Mohammad Saufi bin Saderi selaku pegawai yang bertanggungjawab. Pengurus PEDi juga dijemput untuk mendengar sekali taklimat yang diadakan bagi bertujuan hebahan untuk persatuan atau pun kelab di sekitar kawasan Tanjung Piai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: