Lawatan Pengerusi Lantikan SKMM ke PEDi Tanjung Piai
7 November 2022 | Aktiviti TerkiniPuan Susilawati binti Sidek telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada 6 November 2022 bersamaan hari ahad. Kedatangan beliau adalah untuk bersuai kenal di samping mengenali PEDi secara lebih dekat. Beliau merupakan Pengerusi lantikan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) negeri Johor semasa berlangsungnya Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan di Hotel Amari, Johor Bahru pada 26 Oktober 2022.
Beliau mengakui teruja akan perlantikan yang diberikan oleh pihak SKMM namun mengakui ketidakfahaman secara menyeluruh mengenai objektif PEDi secara holistik. Selain bertujuan beramah mesra dan mengenali PEDi secara lebih dekat, Puan Susilawati juga sempat ditunjukkan tentang aktiviti yang pernah dijalankan oleh PEDi Tanjung Piai beserta panel penasihat yang dilantik. Tugas beliau yang utama semestinya untuk mengetuai segala aktiviti yang berpaksikan kepada PEDi dalam usaha untuk memastikan PEDi Tanjung Piai dijadikan sebagai medan aktiviti keusahawanan dan tumpuan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: