Karnival D’Kukup Di Perkarangan PEDi Tanjung Piai
20 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniKarnival D’Kukup merupakan satu karnival yang dianjurkan oleh Persatuan Ziarah Fillah (PZF) dengan kerjasama Persatuan Penjaja Dataran Anjung Bestari Tanjung Piai. Karnival ini ditaja oleh YB Senator merangkap ahli Dewan Negara juga Ketua UMNO Cawangan Tanjung Piai iaitu Dato Haji Jefridin bin Haji Atan. Karnival ini diadakan bermula 18 Februari sehingga 19 Februari 2022 iaitu selama dua hari. Lokasi bazar ini diadakan adalah di perkarangan PEDi Tanjung Piai serta Dewan Tertutup Tanjung Piai yang mana lokasinya terletak di bahagian belakang PEDi. Karnival ini selain memberi peluang untuk menjana pendapatan kepada para peniaga tempatan turut menawarkan acara sukan seperti pertandingan Damna, Mobile Legend, larian, gubahan bunga dan pulut kuning.
Di samping bertujuan untuk merapatkan kembali hubungan antara sesama anggota masyarakat yang bernaung di bawah satu mukim, karnival ini sedikit sebanyak dapat menghidupkan kembali acara sukan di Tanjung Piai. Karnival ini bermula pada jam 1.30 petang pada 18 Februari dan jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang pada 19 Februari. Acara di karnival ini sesuai untuk golongan remaja lelaki dan perempuan serta golongan dewasa lelaki dan perempuan. Karnival ini berlangsung selama dua hari sahaja manakala bazar Cuba Try Test yang beroperasi di perkarangan PEDi Tanjung Piai kekal beroperasi pada waktu Jumaat, Sabtu dan Ahad setiap minggu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: