Kelas Asas ICT Menaip Dance Mat Typing Siri Kedua
27 November 2022 | Aktiviti TerkiniKelas asas ICT Menaip Dance Mat Typing untuk siri yang kedua kembali dijalankan bersama tiga orang pelajar iaitu seorang pelajar tabika dan dua orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini memasuki siri kedua yang diajar oleh Pengurus PEDi kepada tiga orang pelajar berkenaan. Kelas menaip ini mempunyai beberapa level dan peringkat seseuai dengan peringkat umur para pelajar berkenaan.
Selain objektif utamanya adalah untuk melatih jari jemari para pelajar untuk menaip, kelas ini juga membolehkan mengasah minda mereka untuk menekan huruf dengan lebih cepat. Setelah selesai kelas, Pengurus PEDi mengajak para pelajar untuk menyertai kuiz ICT pula berpaksikan kepada matematik dan islamik. Dua orang pelajar sekolah rendah akan difokuskan kepada kuiz ICT berkenaan manakala seorang pelajar Tabika dikehendaki untuk menjawab kuiz mewarna dan menyusun huruf. Kelas ini bermula pada jam 10.00 pagi dan selesai pada jam 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: