Advokasi Teka Silang Kata Berkonsep Islamik
23 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPengurus PEDi telah membuat satu advokasi teka silang kata berkonsepkan islamik pada 22 Mac 2022. Advokasi ini seakan pertandingan secara santai tanpa dirancang yang telah diadakan kepada tiga orang pelajar darjah 6 Sekolah Kebangsaan Serkat. Mereka telah hadir ke PEDi Tanjung Piai atas alasan ingin berehat secara santai akan tetapi mereka tertarik untuk menyertai permainan teka silang kata yang ingin dilakukan oleh pengurus PEDi. Oleh yang demikian, pengurus PEDi telah menyiapkan format berupa soalan dan jawapan dalam konteks teka silang kata untuk mereka cuba siapkan.
Teka silang kata ini adalah berkonsepkan islamik iaitu berkaitan dengan nama rasul yang wajib kita sebagai umat Islam ingati. Ketiga-tiga mereka telah diberikan panduan yang sewajarnya dan hanya perlu menulis sahaja jawapan tanpa perlu memikirkan secara terperinci tentang persoalan yang diberikan. Mereka mula menjawab pada jam 3.30 petang dan selesai menjawab pada jam 4.00 petang. Teka silang kata berlandaskan islamik ini penting bukan sahaja untuk mendekatkan jiwa anak-anak muda dengan nama para nabi dan rasul bahkan membuatkan mereka dapat mengenali kisah pejuang Islam ini secara lebih dekat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: