Permohonan Geran Perniagaan IMYES 2.0
23 November 2022 | Aktiviti TerkiniPada 22 November 2022 bersamaan hari selasa, Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan tempatan iaitu Puan Nursyakilla binti Abd Shukur untuk memohon geran perniagaan IMYES 2.0. Geran ini merupakan inisiatif yang ditawarkan oleh Iskandar Regional Development Authority. IMYES atau nama penuhnya Iskandar Malaysia Youth Entrepreneur Scheme ini menawarkan bantuan sebanyak RM 10 000 melibatkan 140 usahawan yang terdiri daripada 6 jenis bidang keusahawanan.
Oleh yang demikian, Puan Nursyakilla ingin memohon bantuan sedemikian sejajar dengan hasrat PEDi yang ingin membantu para usahawan mendapatkan bantuan atau geran yang ditawarkan oleh pihak kerajaan mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO). Permohonan ini terbuka kepada usahawan baru dan sedia ada. Permohonan ini didaftarkan menggunakan platform Google Form dengan para pemohonan perlu memuat naik segala butiran yang diperlukan seperti lesen SSM, gambar perniagaan, penyata bank dan kad pengenalan. Perkara ini amat memudahkan memandangkan Puan Nursyakilla menyediakan segala butiran maklumat yang diperlukan. Pendaftaran berlangsung selama hampir satu jam bermula 3.00 petang sehingga 4.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: