Kelas Asas Shopee Bersama Usahawan Baru PEDi Tanjung Piai 2022
3 April 2022 | Aktiviti TerkiniKelas asas Shopee bersama usahawan baru PEDi Tanjung Piai bagi tahun 2022 telah berlangsung dengan jayanya pada 2 April 2022 iaitu pada hari sabtu. Usahawan baru ini ialah Puan Nalita binti Suleiman atau lebih mesra dipanggil dengan gelaran Cik Odah. Beliau merupakan usahawan yang menjual produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) seperti kek, sambal dan kuih-muih. Setelah melalui siri cadangan oleh pengurus PEDi, beliau akhirnya bersetuju untuk menjadi usahawan yang menggunakan platform E-Dagang iaitu Shopee sebagai teknik asas pemasaran yang baru. Kelas Shopee ini berlangsung selama 4 jam selama dua sesi. Sesi pertama berlangsung pada jam 10.30 pagi sehingga 1.00 petang manakala sesi kedua berlangsung pada jam 2.30 petang sehingga 4.00 petang.
Kelas ini berlangsung dalam tempoh yang agak lama memandangkan Puan Nalita tidak mempunyai rutin kerja yang agak padat pada hari berkenaan. Beliau bersetuju untuk memasarkan produk sambal ikan bilis garing mata biru miliknya melalui platform Shopee. Justeru, Penolong Pengurus PEDi Tanjung Piai telah memberikan tunjuk ajar kepada beliau bermula dengan pendaftaran masuk ke akaun Shopee sebagai penjual. Seterusnya penerangan mengenai intipati yang ada di dalam Shopee Seller Centre sehingga proses meletakkan barang ke dalam akaunnya. Lokasi kediaman dan pusat berniaga Puan Nalita juga terletak tidak jauh dari PEDi Tanjung Piai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: