Pendaftaran RFID Melalui Touch’n Go E-Wallet
5 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniEncik Mohammad Supian bin Rosli telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada 4 Februari 2022 iaitu pada hari Jumaat. Tujuan beliau ke PEDi Tanjung Piai adalah untuk dibantu bagi melancarkan proses pendaftaran RFID melalui aplikasi Touch’n Go E-Wallet. RFID ini merupakan aplikasi yang ingin diketengahkan oleh pihak PLUS secara menyeluruh bermula 15 Januari 2022 di semua lebuh raya khususnya di Lebuh Raya Utara-Selatan. Tujuannya adalah bagi menggantikan sistem SmartTag dan kad Touch’n Go yang pada masa kini diguna pakai oleh lebih jutaan pengguna di lebuh raya seluruh Malaysia.
Justeru, Encik Mohammad Supian telah dibantu dengan proses pendaftaran RFID melalui aplikasi tersebut terlebih dahulu sebelum melekatkan RFID berkenaan di kenderaan miliknya. Pengisian maklumat dan data peribadi diperlukan di samping maklumat kenderaan yang wajib diisi. Proses pendaftaran berjalan dengan lancar dan hanya mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja untuk melakukan pendaftarannya termasuk melekatkan pelekat RFID berkenaan. Proses pengaktifan adalah selama 24 jam.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: