Bazar CUBA TRY TEST di Perkarangan PEDi Tanjung Piai
5 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniBazar CUBA TRY TEST ini merupakan satu inisiatif yang dikelolakan oleh Encik Mohd Rusly Abas selaku salah seorang panel penasihat di PEDi Tanjung Piai. Beliau menjadi naib pengerusi dalam carta organisasi di PEDi Tanjung Piai selain merupakan anak jati di kampung Tanjung Piai. Kewujudan bazar ini merupakan kolaborasi antara pihak panel penasihat PEDi, MPKK dengan PEDi Tanjung Piai yang tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada para usahawan untuk menjana pendapatan. Bazar CUBA TRY TEST ini diinspirasikan hasil mesyuarat yang diketuai oleh kakitangan PEDi Tanjung Piai bersama panel penasihat sesuai dengan nama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia.
Selain menjadi pusat ekonomi untuk para usahawan menjana pendapatan, PEDi Tanjung Piai turut menjadi sebagai salah satu lokasi rujukan untuk sesiapa sahaja yang ingin mengembangkan perniagaan mereka melalui platform digital. Bazar ini mula beroperasi bermula 29hb Januari iaitu pada hari sabtu bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina dan hanya dijalankan pada hari jumaat, sabtu dan ahad pada minggu berikutnya. Bazar CUBA TRY TEST ini turut diserikan dengan kehadiran Encik Mohamad Rizal bin Ahmad selaku Pengarah Pejabat Negeri Johor Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia pada hari pertama pengoperasiannya. Bazar ini turut menggunakan tagline ‘Makan Sampai Bontang’.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: