Permohonan Baru dan Kemaskini Bantuan (BKM) di PEDi Tanjung Piai
1 Februari 2022 | Aktiviti TerkiniBantuan (BKM) 2022 merupakan penjenamaan semula nama dari Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang diberikan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2021. Namun, melalui inisiatif pada tahun ini, kesemua warganegara Malaysia yang layak disarankan agar mengemukakan permohonan baru atau mengemaskini sahaja data yang sedia ada sekiranya berlaku perubahan. Oleh yang demikian, PEDi Tanjung Piai telah mengambil langkah untuk membantu penduduk setempat yang tinggal di mukim serkat untuk mengemaskini permohonan BKM 2022 secara atas talian tanpa perlu ke cawangan LHDN di pontian.
Lebih 100 pengguna telah hadir ke PEDi Tanjung Piai untuk mengemukakan permohonan baru dan mengemaskini data yang sedia ada secara atas talian. Kakitangan PEDi telah membantu mereka dan menyarankan kepada pengguna agar membawa sekali dokumen sokongan seperti kad pengenalan, sijil nikah, surat beranak anak-anak ataupun sijil cerai dan kematian pasangan. Permohonan ini berlangsung bermula 1 Januari 2022 dan berakhir sepenuhnya pada 31 Januari 2022 iaitu tempoh masa selama sebulan. Selain dapat membantu penduduk kampung, kakitangan PEDi turut dapat meramah mesra selain memberikan penerangan mengenai PEDi khususnya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: