Kelas Asas Pembelajaran Microsoft Word Siri Keempat (Layout)
4 Januari 2022 | Aktiviti TerkiniKelas asas pembelajaran Microsoft Word untuk siri keempat bersama Tuan Haji Ma’arof Haron kembali bersambung pada 4 Januari 2022 bersamaan hari selasa. Beliau telah hadir ke PEDi Tanjung Piai pada jam 10.30 pagi untuk mengikuti kelas yang diadakan dan berakhir sepenuhnya pada jam 12.30 tengah hari. Kelas selama dua jam ini dimulakan dengan pengurus PEDi meminta Tuan Haji Ma’arof kembali mengingati tiga siri kelas yang telah diajarkan kepadanya pada kelas terdahulu. Setelah Tuan Haji Ma’arof selesai menunjukkan teknik asas pembelajaran yang telah diketengahkan oleh pengurus PEDi pada sesi yang lalu, kelas pada kali ini ditumpukan kepada asas yang terdapat dalam Microsoft Word iaitu Layout.
Layout ini atau namanya dalam bahasa Melayu yang dikenali sebagai susun atur difokuskan pengajarannya kepada Tuan Haji Ma’arof bagi membolehkan beliau menguasai perisian berkenaan secara lebih terperinci. Melalui Layout ini, Tuan Haji Ma’arof diperkenalkan dengan skop Margins, Orientation melibatkan landskap dan potret, Saiz, Kolum, Spacing, Indent, Line Numbers, Breaks dan Hyphenation. Kesemuanya diajarkan satu persatu kepada Tuan Haji Ma’arof dalam ruang lingkup Layout berkenaan agar beliau tahu dan seterusnya mempraktikkan skop berkenaan ketika ingin menaip dalam Microsoft Word. Pada akhir pembelajaran, beliau juga sempat ditunjukkan secara ringkas mengenai salah satu lagi perisian dalam Microsoft iaitu Power Point.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: