Kemaskini Maklumat Perniagaan Melalui Akaun Ezbiz
21 September 2022 | Aktiviti TerkiniPengurus PEDi Tanjung Piai telah membantu seorang usahawan medan selera iaitu Puan Zainah binti Mohamad pada 20 September 2022 untuk mengemaskini maklumat perniagaan miliknya di sijil SSM miliknya. Memandangkan Puan Zainah merupakan usahawan yang menjalankan perniagaan berkonsepkan medan selera (Food Court), maka beliau ingin mengemas kini maklumat terkini yang beliau jalankan berbanding yang asal. Oleh yang demikian, Pengurus PEDi telah mengesyorkan kepada beliau agar membuat akaun Ezbiz secara atas talian demi memudahkan urusan tanpa perlu ke pejabat SSM yang terletak di Johor.
Puan Zainah telah memberikan segala butiran yang diperlukan seperti kad pengenalan, surat beranak, maklumat emel sehingga butiran perniagaan bagi tujuan proses janji temu terlebih dahulu. Setelah selesai, Puan Zainah dibantu melalui aplikasi Whatsapp sahaja bersama Pengurus PEDi dan perlu membayar sebanyak RM 30.00 kepada pihak SSM bagi tujuan pengemaskinian perubahan maklumat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: