Program Jamuan Hari Raya dan Majlis Perpisahan
30 Mei 2022 | Aktiviti TerkiniProgram Jamuan Hari Raya dan Majlis Perpisahan telah diadakan dengan jayanya pada 29 Mei 2022 di PEDi Tanjung Piai. Seramai 12 orang telah hadir ke jamuan yang diadakan secara kecil-kecilan ini terdiri daripada rakan karib dan para usahawan. Jamuan makan yang berkonsepkan menu hari raya ini telah ditaja oleh ASP Tuan Ma’arof bin Haron yang merupakan seorang pesara pegawai polis. Beliau juga merupakan ikon celik ICT di PEDi Tanjung Piai.
Program jamuan ini diadakan bermula jam 12.00 tengah hari dan berakhir sepenuhnya pada jam 2.00 petang. Sempena program ini juga turut diadakan majlis perpisahan kepada Encik Mohd Hudhairi bin Hamidon selaku Penolong Pengurus di PEDi Tanjung Piai. Beliau akan memulakan perkhidmatan yang baru di tempat kerja yang lain dan telah menabur bakti selama setahun satu bulan di PEDi Tanjung Piai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: