Permohonan Geran PKS Makmur Johor 2022 Usahawan Mikro
27 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 26 April 2022 bersamaan hari selasa, Pengurus PEDi Tanjung Piai telah membantu seorang usahawan mikro iaitu Encik Sudin bin Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Pak Din untuk memohon bantuan yang ditawarkan oleh Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd. Pak Din merupakan usahawan yang mengusahakan kedai gunting rambut yang terletak di Pekan Serkat. Oleh yang demikian, beliau ingin memohon bantuan mesin dan peralatan bagi kategori perkhidmatan gunting rambut.
Permohonan geran PKS Makmur Johor ini hanya dibuka kepada kategori percetakan, pemprosesan makanan dan minuman, pertukangan kayu, kimpalan dan gunting rambut. Permohonan dijalankan pada jam 3.00 petang dan berakhirnya sepenuhnya pada jam 4.00 petang. Pak Din menyediakan kesemua dokumen, gambar dan maklumat yang diminta oleh pihak PUJB termasuk jenis peralatan dan mesin yang beliau kehendaki. Permohonan dijalankan secara atas talian sahaja di laman web rasmi PUJB.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: