Sesi Taklimat Program Bimbingan Usahawan 2022 SSM Johor
29 Mac 2022 | Aktiviti TerkiniPada 28 Mac 2022 bersamaan hari isnin telah berlangsungnya satu sesi webinar anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Negeri Johor. Webinar yang menggunakan platform Microsoft Team ini disertai oleh 25 buah PEDi melibatkan kakitangan dan peserta serta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Johor. Taklimat ini berlangsung selama hampir lebih satu jam iaitu bermula jam 10.00 pagi sehingga 11.15 pagi. Taklimat ini memfokuskan kepada agenda utamanya iaitu pengenalan Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP).
Pengurus PEDi bersama dua orang usahawan tempatan iaitu Puan Suriani binti Yahya dan Puan Asiah binti Abiden telah mengikuti sesi taklimat secara atas talian ini. Selain menerangkan tentang serba sedikit tentang latar belakang mengenai sejarah SSM, panel yang dilantik juga banyak menerangkan mengenai manfaat dan kepentingan kepada para usahawan untuk memiliki lesen perniagaan SSM. Taklimat mengenai SPPP ini adalah sangat berguna khususnya kepada usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa dalam memperolehi lesen perniagaan mereka secara percuma.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: