Pengaktifan Akaun Ezbiz SSM
17 Julai 2022 | Aktiviti TerkiniPada 16 Julai 2022 iaitu pada hari sabtu, Pengurus PEDi telah membantu seorang usahawan tempatan iaitu Puan Safe’ah Yunos untuk membuatkan pendaftaran pengaktifan akaun Ezbiz SSM. Beliau merupakan seorang usahawan yang menjual makanan laut seperti udang, ketam dan beberapa jenis spesis ikan. Oleh yang demikian, beliau telah menghubungi Pengurus PEDi bagi membantu beliau untuk membuat akaun Ezbiz SSM secara atas talian. Hal ini demikian kerana, beliau ingin membuat perubahan pada maklumat perniagaannya bagi tujuan rekod penyimpanan dan permohonan bantuan seandainya bersesuian.
Justeru, pengaktifan akaun Ezbiz ini amat penting dan memudahkan Puan Safe’ah tanpa beliau perlu ke cawangan atau pejabat SSM yang berdekatan. Melalui akaun Ezbiz juga, Puan Safe’ah boleh memperbaharui lesen SSM sekiranya tamat tempoh, menambah bilangan cawangan, bilangan rakan kongsi sehingga proses penamatan perniagaan. Walau bagaimanapun, Puan Safe’ah telah diarahkan untuk bersedia bagi tujuan pengesahan identiti melalui panggilan video menggunakan aplikasi Whatsapp. Hal ini merupakan tatacara baru yang disediakan oleh pihak SSM untuk seseorang yang ingin mengaktifkan akaun Ezbiz miliknya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: