Kemaskini Maklumat Perniagaan Melalui Sistem PUJB
14 Disember 2022 | Aktiviti TerkiniEncik Sudin bin Mohamad merupakan antara usahawan tempatan yang kerap kali berurusan dengan PEDi Tanjung Piai. Meskipun perniagaan beliau tidak sesuai untuk dimasukkan ke dalam platform e-dagang seperti Shopee, namun beliau acap kali meminta bantuan kakitangan PEDi untuk berurusan berkaitan produk perniagaan dan keusahawanan. Hal ini demikian kerana, Encik Sudin atau Pak Din menjalankan perniagaan berkonsepkan kedai gunting rambut. Walau bagaimanapun, dengan bantuan pihak PEDi beliau telah berjaya mendapatkan bantuan geran perniagaan yang dikelolakan oleh pihak Perbadanan Usahawan Johor (PUJB).
Melalui inisiatif yang diketengahkan oleh pihak PUJB, para usahawan digalakkan untuk mendaftarkan perniagaan mereka melalui suatu portal khas yang dikelolakan oleh pihak mereka. Justeru, Pak Din ingin mengemaskini perniagaan beliau melalui sistem berkenaan dalam usaha untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan perniagaan dari PUJB. Oleh yang demikian, Pengurus PEDi telah membantu dari segi usaha untuk mengemaskini maklumat peribadi Pak Din di dalam portal berkenaan dan hanya mengambil waktu selama 30 minit sahaja.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: